Sunday, October 31, 2010

Lepak di Kampung..Yeah!!

Assalamualaikum..
perghh..dah lame K.A.M.I tak update Blog ini berikutan not in coverage....hehe..
Meh, kali nie kita berkongsi cerita tentang sejenis makanan yang boleh dikatakan glamour kat kampung terutamanya di Terengganu. Inilah dipanggil "Colek P'elam"...hahaha..memang amat mengiurkan...
Menu ini dengan pencecah buatan sendiri, amat mengasikkan....   
   Makanan ini biasanya dimakan diwaktu petang dikala cuaca cerah. Sering mendapat sambutan terutama dikalangan golongan wanita. Mengidam la katakan, macam lerr die mengandung.hehe.. Untuk memakan "Colek P'elam" pastikan anda mempunyai mempelam segar dari pokok kerana mempelam yang telah lama dipetik akan mengurangkan kesedapan "Colek P'elam" ini. Kalau boleh, baru dipetik dari pokok.
Terus dari pokok..hehe..lebih sedap.. :P
Pastikan dicuci sebelum dimakan..
   Bercakap pula tentang "Colek", bagi K.A.M.I ia lebih sedap jika dihasilkan sendiri berbanding yang sedia dijual di pasaraya. Mudah dan cepat, ini antara bahan-bahannya :-
  • Kicap
  • Gula
  • Cuka
  • Belacan
  • Lada / Cili
"Colek" yang telah sedia untuk dimakan..
   Masukkan gula dan kicap ke dalam bekas. Kemudian, tambahkan sedikit cuka,sesudu pun da cukup dan sepotong belacan. Kalau boleh, jangan terlalu banyak belacan dan cuka kerana ia akan mengubah rasa "Colek" @ pencecah. Setelah itu, penyekan belacan dan cili didalam "Colek" tadi.
   Potong mempelam yang telah dicuci mengikut citarasa anda..hehe.. Mempelam dah siap, Colek pun dah siap, Jom la perkena "Colek P'elam" Kampung mengikut menu K.A.M.I..hehe..Selamat Mencuba!!!!!...

Sekian...

Wednesday, October 6, 2010

Trip to GENTING THEME PARK...

Assalamualaikum...

Tahniah kepada K.A.M.I kerana telah berkerjasama untuk menyiapkan BLOG ini...

       Permulaan post kami, kami ingin berkongsi tentang pengalaman kami ke Genting untuk melepaskan semua tekanan belajar sebelum menduduki peperiksaan...hahaha.. Cukup happening dan mencabar... Kami hanya sempat bermain outdoor game disebabkan hari kami naik ke puncak Bukit Genting tersebut adalah hari Jumaat. So, maklum sajalah, kami nie kan budak-budak baek, kami tak la lupe nak solat Jumaat...hihi..
      Kami bertolak awal pada pagi tersebut untuk mengelak daripada kesesakan orang ramai berebut untuk bermain di sana. Hajat kami untuk membeli Pakej Outdoor Game di KL sentral hancur setelah seorang Pakcik Teksi memberitahu kami yang perkhidmatan kereta kabel tiada kerana kabel sedang ditukar. So, kami membuat keputusan untuk mengambil perkhidamatan teksi untuk naik ke Genting. Dengan menggunakan Teksi, masa yang diambil sungguh menjimatkan. Ttp,sape2 yang nak jimat duit, gunalah Bas.. dan boleh dapatkan Pakej bermain sekali dengan perkhidmatan Bas. Sungguh jimat. Kami nie gelojoh skit..so,kami gunakan Teksi..haha
     Sejam perjalanan kami sampai ke Genting Theme Park. Dengan tiket Outdoor Game yang berharga RM38, kami memulakan misi kami untuk tidak membazirkan tiket yang telah dibeli itu....psst..harga tu untuk weekday jer and leh main Outdoor Game jer..

Baru sampai dah Bergambar da....
     
     Nie pulak antara game yang bakal membuatkan jantung anda gugup... Boleh dikatakan extrem la sbb ada dikalangan kami nie yang taknak main lagi lepas cube try..katenye rase macam takkan pijak bumi lagi..haha
Space Shot

Jantung tertinggal kat atas..huhuhu.. kalau korang nak tau, punggung korang tak mencecah alas yang korang duduk tu semase korang dilepaskan...hahaha

Roller Coaster
     Bukan semua Game boleh snap gambar, silap2 boleh melayang kamera kami, tak banyak boleh kami kongsi. Nie pulak antara pose menarik dari kami yang harap2 boleh buat korang jeles dan game2 yang sedikit rileks ttp penat la korang beratur..haha...







      Suasana kat atas nie memeng happening dan pesanan buat sape2 yang ada perancangan untuk mengikuti jejek kami, sediakan baju sejuk sebelum menggigil kat atas sana...ok..hihi...Yang nie paling istimewa..hahaha..pose dari Admin...wahh...boleh dikatakan ensem jugaklaa....kepada yang berminat tu,jadi la Follower Blog ini..huhu...


nie nak buat ala2 kat oversea, p dah memang kat Malaysia, Malaysia la jgk..haha..
Mat Haire....

Lokman..
Naqib....

Nie la K.A.M.I bertige...contact us kt FB..haha..

     Ini saja untuk kali ini...Terima Kasih ular lidi,lain kali jenguk la lagi ke blog kami..huhu... Salam...