Kehidupan, mempunyai aliran perjalanan...menuju akhir kehidupan, melalui pelbagai halangan, namum itulah kehidupan.. Dicalit di sebagai satu celoteh dan perkongsian..itulah "Hikayat Si Qenit"
Friday, July 8, 2011
Suatu Yang Takkan Terpisah
Suatu ketika, aku memenuhi tuntutan hati untuk melakukan sesuatu kerna aku amat kebosanan. Aku mendekati almari koleksi novel ibuku, meneliti satu persatu tajuk novelnye dengan harapan ada la novel yang menarik, sedangkan dalam sejarah hidupku, aku hanya pernah menghabiskan satu novel 80 m/s shj. tu pun,memakan masa sebulan. hehe...
Dalam ketidaksengajaan, aku terambil satu buku yang agak nipis dengan lampirannya yang sudah menguning. Aku membelek helaian tanpa melihat tajuk nya, owh, gaya bahasa melayu lama dan isi nya berunsurkan agama..menarik kerna aku memang meminati gaya bahasa melayu lama ini..aku mencari tarikh cetakannya,wow, 80an..old skool.. tanpa meneliti dengan lebih banyak,aku masukkan ke dalam beg untuk dibawa ke kolej..curi koleksi ibuku..hahaha
Sesampai di kolej.......
Buku yang bertajuk "Apakah Erti Saya Menganut Islam" karya Saudara Fathu Yakan. Buat masa sekarang, aku cuba memahami pengenalannya, bahasa yang mudah dan puitis, tetapi untuk memahami perlu berfikir secara mendalam dan menghayati nya..Buku ini banyak menolong ku mengenang dosa lampau ku yang belum aku insafi, namun sejauh manakah akan aku memahami..bagaikan aku perlukan seorang guru untuk menjelaskan nya..Ini lah Suatu Yang Tidak Akan Terpisah dengan kehidupan kita, 'ILMU'. ia akan sentiasa ada di mana kita berada, apa jua kita lakukan. Lihat apa yang telah terjadi padaku, gara-gara mencuri koleksi buku ibuku, telah ku bawa lari buku ilmiah ini..haha
takpelah, walau tidak ku memahami 100%, aku masih boleh ambil pengajaran daripada buku ini dan buku ini memang menarik perhatianku kerna salah satu buku klasik..maka, apa yang ingin ku ceritakan disini, koleksi barang lama ku kini bertambah kembali setelah pernah berlaku barang simpanan ku dijual oleh adikku.. =(
Sekian sahaja untuk kali ini. p/s. setiap kali aku baca buku ini, kerap aku tido bersamanya..huhuhu.. akrab sekali kan.. hehehe..apa yang telah aku lakukan ini,telah diberitahu kepada ibuku sebelum aku pergi ke kolej, dan ibuku menhalalkan aku mengambil koleksi buku nya.. =)
Dalam hidup ini, ingatlah, takkan terpisah Ilmu selagi kita bernyawa, oleh itu tuntutlah ilmu selagi anda bernyawa..
Labels:
celoteh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment